templatemo header
templatemo header
KlikRayuan
Lembaga Rayuan Negeri Perak
PLANMalaysia@Perak

Lembaga Rayuan merupakan satu badan berkecuali atau tribunal yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) untuk mendengar rayuan daripada pihak yang terkilan. Ditubuhkan di bawah subseksyen 36(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).


templatemo facebook
1
Mengenai Kami
Lembaga Rayuan

Lembaga Rayuan merupakan satu badan berkecuali atau tribunal yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) untuk mendengar rayuan daripada pihak yang terkilan. Ditubuhkan di bawah subseksyen 36(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

Pada 15 Februari 1996, Kaedah Lembaga Rayuan Negeri Perak telah diwartakan. Lembaga Rayuan Negeri Perak ditubuhkan di bawah Seksyen 36, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh sub seksyen 36(2) Akta 172, PBN dengan persetujuan Menteri Besar telah melantik Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli-ahli Lembaga Rayuan Perak. Sehingga kini sejumlah 140 kes rayuan telah didaftarkan sejak penubuhan Lembaga Rayuan Negeri Perak.

Mengenai Kami
Fungsi Lembaga Rayuan

Lembaga Rayuan bertujuan untuk memberikan peluang kepada orang awam mengemukakan rayuan sekiranya terkilan atau tidak berpuas hati dengan keputusan PBPT dan seterusnya menimbang kes-kes rayuan tersebut di mana Lembaga Rayuan sebagai badan berkecuali (independent body) yang dilantik oleh PBN bagi menyelesaikan pertikaian di antara perayu dengan PBPT khususnya yang terbit dari sesuatu keputusan perancangan yang mana perayu itu sama ada Pembantah, Pemohon, Pemilik atau Pengguna merasa terkilan.

Lembaga Rayuan
Bidang Tugas
i. Mendengar rayuan daripada perayu dan juga PBPT.
ii. Memanggil dan memeriksa saksi-saksi.
iii. Menghendaki mana-mana orang mengikat dirinya atas sumpah untuk menyatakan yang benar.
iv. Memaksa mana-mana pihak mengemukakan dan menyerahkan apa-apa dokumen yang difikirkan berkaitan
v. Mengesahkan, mengubah atau menakses perintah atau keputusan yang dirayu.
vi. Mengawardkan kos
vii. Membuat apa-apa perintah sama ada berkaitan dengan Akta 172 ataupun tidak.
2
Perkhidmatan
Kod etika berpakaian ketika perbicaraan, fi bayaran dan jenis-jenis rayuan boleh dipohon
templatemo price img
Kod Etika
  • Etika Berpakaian

    Berpakaian sopan dan bersesuaian.

    Pakaian-pakaian seperti berikut adalah DILARANG

    i. Seluar / skirt pendek.

    ii. Baju 'T' / baju kemeja tanpa lengan.

    iii. Jaket tidak formal seperti jaket kulit , jaket denim dan seumpamanya.

    iv. Pemakaian selipar, topi keledar, topi dan cermin mata hitam.

  • Etika Di Bilik Lembaga Rayuan

    1. Berada di dalam bilik bicara sebelum pukul 10.00 pagi atau pada masa yang telah ditetapkan oleh Mahkamah.

    2. Bangun dan tunduk hormat apabila Hakim / Majistret masuk dan meninggalkan bilik bicara.

    3. Tampil ke hadapan apabila nama anda dipanggil oleh Jurubahasa.

    4. Berikan sepenuh perhatian anda kepada prosiding yang sedang berjalan.

    5. Dilarang membuat bising semasa Mahkamah bersidang.

    6. Tunduk hormat ketika hendak masuk dan keluar dari Mahkamah yang sedang bersidang.

    7. Kanak-kanak tidak dibenarkan untuk membawa ke dalam bilik bicara kecuali jika diarahkan oleh Mahkamah.

    8. Sebarang jenis senjta adalah tidak dibenarkan.

    9. Sebarang rakaman sama ada dalam bentuk audio atau visual adalah tidak dibenarkan.

    10. Telefon bimbin, alat keloi dan lain-lain alat elektronik yang boleh menghasilkan bunyi hendaklah dimatikan.



templatemo price img
FI Bayaran
  • JADUAL KETIGA
    AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976
    KAEDAH-KAEDAH LEMBAGA RAYUAN NEGERI PERAK 1991
    [ Kaedah 4(3) ]
    (Warta pada 22 Disember 2005)

    Jenis Fi

    Jumlah Fi (RM)

      A. Fi semasa memfailkan notis rayuan di bawah Kaedah 4

    100.00 bagi setiap notis

      B. Fi Perkhidmatan:
    1.

    Fi untuk penyediaan dokumen-dokumen bagi pendengaran di bawah Kaedah 7(2)

    Sebagaimana yang ditetapkan oleh Pendaftar bagi setiap rayuan

    2.

    Fi untuk  mengeluarkan notis pendengaran di bawah Kaedah 8(3)

    100.00 bagi setiap notis

    3.

    Fi  untuk mengeluarkan saman kepada saksi di bawah Kaedah 13(2)

    100.00 bagi setiap notis

    4.

    Fi  untuk mengeluarkan saman untuk mengemukakan dokumen di bawah Kaedah 13(3)

    100.00 bagi setiap notis

    5.

    Fi untuk membekalkan nota keterangan prosiding Lembaga Rayuan

    Sebagaimana yang ditetapkan oleh Pendaftar

    6.

    Fi  untuk   penyediaan  dokumen keputusan Lembaga Rayuan

    50.00 bagi setiap salinan

templatemo price img
Jenis Rayuan
  • 1. Seksyen 23 (1) (a)
      Rayuan oleh pemohon pemajuan terhadap keputusan Majlis sama ada permohonan ditolak atau merayu terhadap syarat-syarat yang dikenakan.
  • 2. Seksyen 23 (1) (b)
      Rayuan oleh seseorang yang telah membuat bantahan ke atas keputusan Majlis
  • 3. Seksyen 25 (9)
      Terkilan terhadap pembayaran balik/ pampasan yang ditawarkan oleh Majlis hasil daripada penarikan balik atau pengubahsuaian kebenaran merancang.
  • 4. Seksyen 30 (2)
      Terkilan dengan notis permintaan oleh Majlis untuk:
    a)Menghentikan penggunaan tanah;
    b)Mengenakan syarat-syarat bagi penggunaan tanah; dan
    c)Meminta langkah-langkah tertentu diambil.
  • 5. Seksyen 30 (7)
      Terkilan dengan amaun pampasan yang ditawarkan oleh pihak Majlis.
  • 6. Seksyen 35C
      Terkilan dengan perintah pemeliharaan pokok.
  • 7. Seksyen 35D
      Tidak berpuashati dengan amaun pampasan yang diawardkan ke atas sesuatu perintah pemeliharaan pokok.
  • 8. Seksyen  35E
      Tertakluk dengan:
    a)Penolakan permohonan untuk mengenepikan keperluan menggantikan pokok-pokok;
    b)Mana-mana perintah yang diberikan;
    c)Mana-mana terma atau syarat yang dikenakan; dan
    d)Penolakan lanjutan masa bagi menggantikan pokok.
3
templatemo work
FAQ
Soalan-soalan lazim

S : Siapakah yang boleh merayu di klikRayuan?
J : Orang awam yang terkilan atau tidak berpuas hati dengan keputusan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan.

S : Adakah saya boleh diwakili di dalam rayuan semasa perbicaraan?
J : Perayu boleh diwakili sekiranya tidak arif tentang isu yang dibangkitkan semasa perbicaraan

S : Perlukan saya melantik seorang peguam bagi mewakili saya semasa perbicaraan nanti?
J : Perayu tidak disyaratkan oleh Lembaga untuk melantik peguam bagi mewakilinya di perbicaraan nanti, melainkan jika rayuan yang hendak dibangkitkan melibatkan isu perundangan yang mana dengan pelantikan seorang peguam berkenaan dapat membantu perayu berkenaan semasa perbicaraan nanti.

S : Bolehkah Akitek, Perancang Bandar, Jurukur Tanah atau professional lain mewakili saya di dalam perbicaraan nanti?
J : Perayu boleh melantik sesiapa sahaja bagi mewakili beliau di dalam perbicaraan nanti bagi membantunya menyampaikan kes dengan lebih baik.

S : Perlukah saya hadir semasa sebutan/ perbicaraan jika saya telah melantik seorang wakil atau peguam?
J : Perayu digalakkan hadir semasa sebutan kes tetapi perayu perlu hadir semasa perbicaraan walau pun perayu telah melantik wakilnya samada peguam atau professional lain.>

S :Apakah yang perlu saya buat sekiranya saya (perayu) tidak dapat hadir ke sebutan atau perbicaraan?
J : Perayu perlu memaklumkan Pendaftar sekiranya beliau tidak dapat hadir ke sebutan atau perbicaraan secara bertulis dan sesalinan pemakluman bertulis berkenaan hendaklah dihantar kepada pihak Responden juga. Perayu perlu memaklumkan Pendaftar sekiranya pihak lain atau wakilnya akan mewakilinya di dalam prosiding yang telah ditetapkan berkenaan.

S : Bilakah kes saya akan dibuat sebutan?
J : Sebutan kes akan dibuat di dalam bulan yang sama kes dikemukakan ke Lembaga Rayuan atau tarikh perbicaraan yang terdekat, mana-mana tarikh yang lebih awal.

S : Bilakah kes saya akan dibicarakan?
J : Pendaftar akan memanggil perayu dan responden apabila sebutan kes dilakukan dan tarikh perbicaraan akan ditetapkan oleh Pengerusi setelah mendapat persetujuan semua pihak yang terlibat dalam kes berkenaan.

S : Saya bukan jiran atau orang yang berkepentingan di dalam kes rayuan berkenaan, bolehkah saya mengikut perbicaraan kes rayuan tersebut?
J : Boleh, kerana persidangan Lembaga Rayuan adalah dianggap sebagai tribunal terbuka. Tuan/ puan boleh mengikuti perjalanan perbicaraan ini dengan duduk di galeri awam yang disediakan di Dewan Persidangan Lembaga Rayuan ini. Walau bagaimana pun rakaman audio atau video semasa perbicaraan sedang berjalan tidak dibenarkan sama sekali. Etika orang awam yang menghadiri perbicaraan di Lembaga Rayuan boleh diikuti dari halaman Etika di dalam menu “Lembaga Rayuan”

S : Bagaimanakah jika saya ingin membawa atau memanggil saksi bagi membantu kes saya?
J : Jika tuan ingin membawa saksi, saksi boleh dibawa terus semasa prosiding dengan memaklumkan Pendaftar dan Responden dan sekiranya saksi hendak disapina, perayu hendaklah mengisi Borang 7 dengan membuat bayaran fi yang ditetapkan kepada Pendaftar dan Pendaftar akan mengurus pemanggilan saksi berkenaan untuk hadir ke prosiding yang ditetapkan.

S : Sebagai seorang yang telah disapina sebagai saksi di dalam perbicaraan Lembaga Rayuan, apakah perkara-perkara yang perlu saya ketahui atau buat persediaan sebelum menghadiri perbicaraan?
J : Sila ikuti halaman Etika di dalam menu “Lembaga Rayuan”.

S : Siapakah yang menganggotai Lembaga Rayuan.
J : Umumnya ahli-ahli Lembaga Rayuan adalah professional yang arif di dalam bidang-bidang perundangan, perancangan Bandar dan desa serta disiplin lain yang bersangkutan dengannya. Butiran terperinci ahli-ahli Lembaga Rayuan adalah seperti yang dimuatkan di halaman Ahli Lembaga Rayuan di dalam menu “Carta Organisasi”.

S : Bilakah keputusan kes saya dapat diketahui?
J : Keputusan kes Lembaga Rayuan adalah keputusan Pengerusi Lembaga Rayuan setelah menimbangkan pendapat 2 orang ahli (panel) yang lain. Dengan yang demikian Pengerusi akan menetapkan tarikh keputusan akan disampaikan melalui Pendaftar. Keputusan lisan akan disampaikan oleh Pengerusi semasa prosiding Lembaga Rayuan.

S : Bagaimanakah jika saya tidak berpuashati dengan keputusan Lembaga Rayuan?
J : Keputusan Lembaga Rayuan adalah muktamad. Apa-apa pertikaian selanjutnya oleh mana-mana pihak hendaklah dikemukakan ke platform perundangan yang lebih tinggi dari Lembaga Rayuan.

4
Hubungi Kami
Pendaftar Lembaga Rayuan Negari Perak
Alamat : Tingkat 3, Bangunan Seri Perak, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30646 Ipoh, Perak.
Telefon : +605-209 5710 / 5730
Fax : +605-255 3022
E-mel : lrnp@perak.gov.my